Mahukah anda menjana
lebih-kurang RM3,000 hingga RM5,000 sebulan sebagai pendapatan tambahan dengan
hanya bekerja secara minima diantara dua atau tiga hari seminggu? Perniagaan
mesin vending merupakan satu peluang perniagaan yang mampu mendatangkan
pendapatan sebanyak itu dengan usaha atau kerja yang paling minima.
Perniagaan mesin vending
merupakan perniagaan yang popular dinegara-negara seperti Amerika Syarikat,
Jepun dan beberapa tempat di Eropah. Di negara kita Malaysia, ia merupakan satu
jenis perniagaan yang baru mahu berkembang. Akhir-akhir ini jika kita perhatikan, semakin
banyak mesin-mesin vending yang diletakan di kawasan rehat dan rawat
disepanjang lebuhraya-lebuhraya dari utara ke selatan.
Jika diperhatikan,
tempat-tempat yang sesuai untuk meletakan mesin vending adalah seperti di
kolej-kolej dan sekolah yang berasrama, kilang-kilang yang beroperasi secara
shif dan mempunyai ramai pekerja, dan berbagai tempat awam seperti Hospital,
Pejabat Pos dan sebagainya. Persoalannya adakah perniagaan ini benar-benar
menguntungkan?
Terdapat berbagai jenis mesin
vending yang terdapat di dalam pasaran sekarang ini. Diantaranya adalah mesin
yang baru, mesin yang dibaik pulih dibawa masuk dari negara-negara Jepun
ataupun mesin terpakai yang telah digunakan di sini. Dari segi mesin pula, ada
yang hanya untuk jualan air tin dan kotak sahaja, ada yang berjenis kombo untuk
jualan air dan snek dan ada pula untuk jualan air minuman panas seperti kopi
dan teh. Kos dan kesesuaian mesin bergantung kepada tempat yang hendak
diletakan mesin-mesin tersebut.
Untuk perbincangan kali ini,
saya lebih berminat untuk menyentuh mengenai mesin jenis kombo yang baru. Ini
adalah kerana mesin baru mempunyai jangka hayat yang lebih lama dari mesin yang
dibaik pulih dan kebarangkalian kerosakan adalah lebih berkurangan.
Apakah manfaat perniagaan mesin vending ini?
- Tidak memerlukan pekerja selain daripada anda sendiri
- Tiada kos gaji, epf, pekeso atau lain-lain kos pekerja
- Anda hanya perlu bekerja dua atau tiga hari seminggu (stok up barangan)
- Untung kasar jualan melebihi 50 peratus dari kos barangan
- Mesin berteknologi baru untuk jualan air dan snek
- Pihak supplier akan membantu untuk mendapatkan tapak yang sesuai dan menguntungkan dengan bayaran tapak yang minima
- Mesin adalah aset anda sendiri.
Kiraan Ringkas Untuk Break-even
- Kos mesin - RM32,000
- Jangkamasa bayar-balik mesin - 3 tahun (36 bulan)
- Amaun bayar balik - RM888.88 (RM32,000/36 bulan)
- Kos Sewa Tapak - RM250 sebulan
- Jumlah kos Tetap - RM1,138
- Margin - 55 %
- Jualan untuk Break-even - RM2070.00 sebulan (RM69 sehari)
Contoh Perniagaan Di Kolej Berasrama Penuh
- Jumlah Pelajar - 1,000 pelajar
- 10 peratus pelajar membeli setiap hari - 100 orang
- Jumlah belian setiap pelajar - RM2.50
- Jumlah jualan sehari - RM250
- Jualan sebulan - RM7,500.00
- Keuntungan kasar 55 peratus - RM4,125.00
Sebarang pertanyaan sila whatsapp kepada 019-2642372 atau email ahmadsofian@gmail.com


No comments:
Post a Comment